Selepas mendapat khabar berita dari doktor di KMC yang Mizz ni positif SLE, Mizz dibawa pulang oleh abah.Abah Mizz ni seorang bekas tentera so reaksi die bile Mizz dapat penyakit ni die nampak tenang tapi kata mama abah ade penyesalan sikit dalam diri die sbb pernah dulu masa Mizz mengadu Mizz saket-saket die cakap Mizz mengada-ngada saket sikit pun tak boleh nak tahan. Mama yang hati lembut sikit ni agak terkejut dan die sedikit terkilan sebab dulu awal-awal masa Mizz sakit die dah pernah cadangkan Mizz pergi ke hospital swasta sebab dua kali kami pergi ke hospital kerajaan, Keputusan doktor sama iaitu Mizz tak ada sakit ape-ape. Kalau tidak mungkin kami dapat tahu lebih awal lagi.
Dipendekkan cerita, memandangkan kos perubatan di KMC sangat tinggi dan sudah semestinya tidak mampu ditanggung oleh keluarga Mizz jadi abah minta nasihat dari doktor berkenaan hospital apa yang baik pengurusan pesakit SLE ini yang kos nya lebih berpatutan. Jadi doktor di KMC ni pun suggest HUKM.
Mizz dibawa pulang dan sebaek saja sampai di KL, keesokan paginya abah bawa Mizz ke HUKM untuk pendaftaran. Keadaan di HUKM tu tersangatlah sesak, Mizz dan abah pergi kebahagian Klinik SLE dan Nefrologi. Bukan main banyak soalan yang ditujukan kepada kami. Ada surat reference dari doktor KMC ke tak dah diberi die cakap pulak doktor kat sini cuma bukak fail baru setiap hari rabu.
Rabunya kami datang balik ke HUKM, doktor decide untuk tahan Mizz di ward sebab nak ambik sampel tisu buah pinggang (Renal Biopsi) untuk pastikan keadaan buah pinggang yang dah terkena serangan SLE tu dan Mizz SLE Klass ape.
Menjalani renal biopsi tu xmnyakitkn sangat sebab die bg bius dan Mizz tak rasa ape2 tapi masalah selepas renal biopsi tu Mizz tak boleh bangun untuk 6jam berikutnya! diorg masukkan pula ubat lawas kencing untuk tengok samada ada berlaku pendarahan ataupun tidak. Jadi terpaksa lah Mizz buang air di atas katil. Sangatlah terteksa waktu tu.Yang baiknya nurse-nurse kat situ baek dan sudi menolong tanpa membebel atau bercakap kasar.
Sepanjang Mizz berada dihospital, banyaklah test-test, kuiz-kuiz, presentation dan project work yang tertangguh.Masa tu kawan-kawan jelah yang Mizz harapkan untuk bantu Mizz terangkan situasi Mizz pada pensyarah dan diorg la jugak tempat Mizz harapkan untuk Mizz refer ape yang dah terlepas...
No comments:
Post a Comment